Tuesday, November 26, 2013

Hadith 40 Imam Nawawi



|26 November 2013|Selasa|
-Input SmartCircle KITA-

Alhamdulillah,selamat sudah ber smart circle bersama adik2 tercinta dan teman2 yang mantop2 semuanya.
Meriah sangat hari ni dengan kehadiran semua orang yang ada.
Walaupun Afriza Farhin jauh dimata :')

| Pengisian Hadith Pertama Matan 40 Imam Nawawi |

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin AlKhatab berkata,bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesunggungnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada NIATnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya,dia akan sampai kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya,dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya"

1) Hadis ini turun kerana seorang lelaki yang bernama Hatib yang mengikut Rasulullah s.a.w berhijrah dari Makkah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan yang cantik bernama Ummu Qais setelah lamarannya ditolak sebelum itu.
- Dia berhijrah tidak untuk mendapat pahala hijrah.
- Dia digelar Muhajir Ummu Qais.

2) Kalimah " Diterimah amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya"
- yang dimaksudkan disini ialah semua jenis amal yang dibenarkan oleh syariat.
- bermaksud segala jenis amal yang dibenarkan syariat yang dilakukan tanpa niat, menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama.
- Misalnya wudu',mandi wajib,tayammum,solat,zakat,puasa,haji,iktikaf dan ibadah-ibadah lain.
-ada segolongan ulama' yang berpendapat bahawa wudu' dan mandi tetap SAH sekalipun TANPA NIAT. Ini kerana para ulama berbeza pendapat tentang maksud kalimah tersebut.
-sebahagian memahami niat sebagai syarat,iaitu AMAL ITU SAH hanya apabila disertai NIAT. dan sebahagian memahami niat itu sebagai PENYEMPURNA.
p/s : digalakkan untuk berniat kerana amal menjadi sempurna apabila disertakan niat.

3) Amal yang tidak memerlukan niat
- Meninggalkan perbuatan yang haram.
- Mengembalikan barang pinjaman.
- Membersihkan diri daripada najis kerana perbuatan itu termasuk perbuatan menghilangkan barang yang tidak baik.
- Menyampaikan pemberian atau hadiah orang.

4) Kalimah " Sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya"
-menurut Khathabi menunjukkan pengertian yang berbeza daripada sebelumnya, iaitu menegaskan bahawa sah atau tidaknya amal itu bergantung kepada niatnya.
-Syeikh Muhyiddin alNawawi menerangkan bahawa niat itu menjadi syarat sah sesuatu amal.
-contohnya seorang yang mengqada'kan solatnya yang telah lepas,dinilaikan tidak sah sekiranya tanpa niat. Juga dia harus berniat jenis solat sama ada Zohor,Asar,Maghrib,Isyak atau Subuh.

5) Kalimah " Sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya"
- maksudnya sesiapa berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya maka akan mendapat pahala daripada hijrajnya kepada Allah dan Rasul-Nya.

6) Perbuatan yang diluar lingkungan ibadah iaitu perbuatan yang menjadi tabiat hidup manusia seperti makan,minum,tidur dan sebagainya turut mendapat pahala jika diniatkannya kerana Allah untuk memelihara keselamatan dan kesihatan tubuh badan supaya dapat beribadah.

7) Imam Nawawi membahagikan amal ibadah kepada 3 :
- IBADAH HAMBA : Ibadah orang yang takut kepada Allah.
- IBADAH SAUDAGAR : Ibadah orang yang hendak mendapatkan syurga dan pahala.
- IBADAH MERDEKA : Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab, rasa syukur dan berasa malu kepada Allah.

8 ) Kita hendaklah IKHLAS dalam amal ibadah dan setiap pekerjaan agar mendapat kemudahan dan kebahagiaan didunia dan mendapat pahala di akhirat.
Jadi, JOM lazimi niat dalam setiap tingkah laku kita!

Alhamdulillah :')
Perkongsian untuk kali ini buat semua.
Sumber : Buku Hadis 40 Imam Nawawi Ustaz Zahazan dan Ustaz Muhammad Zakaria .

" ADAT menjadi IBADAT dengan melalui NIAT "

No comments:

Post a Comment