Sunday, October 13, 2013

Ting Tong! Salam buka pintu :)

Lawa kan bunga ni?
Subhanallah! :)

Bismillah awal bicara.

Tidak pasti apa yang patut dimulakan untuk sekadar membuka tingkap menyapa angin bayu sebagai permulaan sebuah perkongsian hidup.
Niat dihati hanyalah ingin mencoret dan terus mencoret secubit kisah yang ada bersama untuk dijadikan kenangan peribadi serta mungkin menjadi tauladan dan pengajaran hidup.
Sangat teruja dapat menggunakan semula kemahiran berbahasa yang ada setelah beberapa lama mendiamkan diri daripada arena penulisan.
Dulu,pernah ada satu simpanan seperti ini tapi banyak kisah silam didalam itu perlu dipadam dan terus lenyap seiring usia.

Ahh! Terasa sangat kaku. Skema mungkin. HEHE!

Permulaan bicara.
Nama diberi Normaidayu Mohd Zainal.
Dipinjamkan umur 21 tahun sehingga kini dan tidak tahu sampai bila akan berbaki.
Mungkin itu sahaja yang penting sebagai muqaddimah.
Cerita-cerita diri yang lain mungkin ada dalam lembaran yang nanti-nanti dan nanti :)
Biiznillah.

Berjinak dalam berblogging pada usia 18 tahun dan pada masa itu hanya kerana ingin berkongsi cerita seketika di lautan Meditteranean dan di"paksa" oleh abang ipar.
Tersangatlah kebudak-budakan pada ketika itu sampaikan bila baca semula khazanah-khazanah lama,rasa macam nak "dush!dush!dush!" pada diri sendiri.
Biasalah.Nama pun budak-budak,belajar untuk hidup dan terus hidup selagi diizinkanNya. :)

Dan berhenti seketika kerana terasa kisah hidup seperti agak "cliche" untuk dikongsikan dan terus menekan butang "delete" kerana banyak kenangan hitam dalam lembaran yang lama.
Tidak mahu disimpan.Biarlah ia hanya diingati untuk menjadi tauladan pada diri sendiri yang masih naif dalam kehidupan.

Tika ini,terasa sangat "eager" untuk berjinak-jinak semula. Hinggakan memasang impian mungkinkah lembaran ini sempat dikongsikan kepada suami,anak cucu cicit nanti? :)
Tapi,kisahnya sekarang terasa sangat ingin ingin berkongsi kisah hidup selama beberapa tahun ini,mungkin pada lembaran-lembaran yang akan datang.
Kerana semua kisah yang tersimpan kemas itu sangat bermakna buat diri!
SANGAT!

Rasanya cukup panjang ting tong buka pintu ni.
:) cukuplah sekadar itu. mungkin akan ada kisah yang akan datang.


walaupun mungkin hanya aku yang akan baca cerita ini :)

salam-
...........

No comments:

Post a Comment