Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha terakhir :')


Hening pagi dengan alunan takbir.

"Allah hu akbar Allah hu akbar Allah hu akbar
La ilahaillallah walla hu akbar
Allah hu akbar walillahilhamd "

Tersentap di rimba hati yang berkelana.
Terasa sungguh sayu.Sungguhkah ini raya terakhirku di bumi anbia' yang terlalu banyak mengajarku tentag kehidupan.
Melihat satu-satu wajah saudara-saudara teman serapat sejemaah seusrah serumah dan seluruhnya bertambah membuatkan diri ini luluh.
ALLAH! Kuatkanlah hambaMu ini.

Seharian hari ini sepatutnya melayan para tamu yang hadir bertandang ke rumah terbuka yang dibuat.
Tapi,"mood" yang menjelma bukan seperti yang disangkakan.
Bukan tiada mood untuk melayan mereka sebagai seorang sahabat dan tetamu,tapi bila tiap kali ditenung satu persatu wajah yang ada. Sebak! Sakit dada terasa.

Perlahan dalam senyap air mata mengalir tanpa disedar.
Terus berlari ke bilik sehingga terlena sampaikan sahabat ingatkan diri ini terlalu kepenatan.

Ya ALLAH. Kuatkan hati ini.
Kuatkan diri ini.

Ikatan ukhwah yang terbina begitu menghimpit diriku.
Terlalu payah untuk aku meninggalkan mereka yang terlalu banyak mengajarku erti kehidupan dan berkasih sayang keranaNYA.
Pagi tadi Ustaz Sofi berpesan,antara hikmah dalam perjuangan ini adalah kita belajar untuk menerima qada' dan qadar daripadaNya dengan serela hati dan redha.

Sehingga ke petang mood yang dicari tidak juga kunjung tiba.
Hiba.Sungguh hiba terasa.
Sehinggakan dua orang kakak tersayang dan rapat dengan diri ini perasan dengan keadaan itu,
Tapi mereka sungguh memahami.
Ya ALLAH. Hebatnya kuasa kasih sayangMu :')

Seorang adik yang rapat denganku menyapa dilaman sesawang setelah hint demi hint ku berikan kepada mereka. Tetapi persoalan mereka masih tidak terjawab :'(
dan akhirnya adik itu tahu kisah sebenar yang melanda diri ini.

Antara ucapan yang membuatkanku mengalir air mata sejurus selepas solat asar,
" yaya rasa, Allah memang betul betul tengah uji yaya..
sebab rasa, satu-persatu kekuatan hilang..
kawan..kakak..

baru faham kenapa Rasulullah cakap,
Almuslim kal jasadu wahid..
muslim tu ibarat satu jasad..
rasa sangat rapuh kot bila semua orang dah pakat balik malaysia
macam hilang sebelah tangan,
alangkah hilang satu jari pun dah sedih terasa kehilangan..
apatah lagi kalau hilang tangan, kaki, jari, hidung.

tapi yaya percaya, Allah tak letakkan sesuatu sia-sia
:')
kalau dekat depan mata, rasa macam nak tumbuk, gaduh, wrestling..
bila dah hilang dari pandangan baru rasa macam nak peluk kuat takmau bagi lepas
sobs :'( "

Sungguh,demi ALLAH aku menyayangi mereka kerana ALLAH :')
Allah,jagakan mereka sebaiknya.

p/s : entry yang emo kerana terlalu beremosi sekarang ini tanpa dipinta.
        Salam Aidiladha kepada semua :)
        Aidiladha kali ini sangat bermakna buat diri ini.




No comments:

Post a Comment