Friday, October 18, 2013

Titik Perpisahan dan Permulaan baru :)

Bismillah wa syukurlillah :)

Seperti tajuk di atas,itulah nampaknya apa yang sedang aku dan kami lalui.
Detik perpisahan bermula.
Dan permulaan yang baru bakal menjengah.

Tiga tahun lebih berada di bumi Mesir ini terlalu banyak mengubah aku untuk menjadi seorang manusia.
Mim.Sad.Ra. MESIR :)
Terlalu banyak menjadikan aku seorang yang lebih cekal dan tabah dalam ujian inshaaALLAH.
Disini juga aku belajar tentang nilai kasih sayang dalam persahabatan.
Sahabat disini adalah saudara,teman,kawan karib,adik beradik yang menggantikan keluarga yang jauh berjuta batu di Malaysia.

Tiga tahun lebih menjalin persahabatan.
Namun tak cukup untuk aku mengenali seluruhnya.
Tak sempat untuk aku mengenali satu persatu kawan se batch ACE apatah lagi senior juniors T_T

Perpisah sementara menjengah terlebih dahulu.
Dek kerana isu keselamatan di Mesir dan offer one-off KPT di Malaysia.
Perpisahan itu terjadi.
Itu aturan Allah.
Kita hanya mampu merancang dengan cita,tapi Allah merancang dengan cinta.
InshaaALLAH hikmahNya pasti ada :)

Sahabat2ku,
walaupun aku tahu tiada siapa yang akan membaca lembaran ini.
Sesungguhnya,aku terlalu menyayangi kalian semua lillah :)
3tahun bersama sangat manis untuk kita semua.
Abadikan kenangan-kenangan itu didalam potret ingatan kita..



Dimana jua kita dicampak,di mana jua kita berada.
Berjuanglah sehingga nafas terhanti dan ajal menjemput kita.

Stay strong,stay believe.
There is will be a good hikmah from HIM :)

Terlalu sayangkan kalian semua :)

Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha terakhir :')


Hening pagi dengan alunan takbir.

"Allah hu akbar Allah hu akbar Allah hu akbar
La ilahaillallah walla hu akbar
Allah hu akbar walillahilhamd "

Tersentap di rimba hati yang berkelana.
Terasa sungguh sayu.Sungguhkah ini raya terakhirku di bumi anbia' yang terlalu banyak mengajarku tentag kehidupan.
Melihat satu-satu wajah saudara-saudara teman serapat sejemaah seusrah serumah dan seluruhnya bertambah membuatkan diri ini luluh.
ALLAH! Kuatkanlah hambaMu ini.

Seharian hari ini sepatutnya melayan para tamu yang hadir bertandang ke rumah terbuka yang dibuat.
Tapi,"mood" yang menjelma bukan seperti yang disangkakan.
Bukan tiada mood untuk melayan mereka sebagai seorang sahabat dan tetamu,tapi bila tiap kali ditenung satu persatu wajah yang ada. Sebak! Sakit dada terasa.

Perlahan dalam senyap air mata mengalir tanpa disedar.
Terus berlari ke bilik sehingga terlena sampaikan sahabat ingatkan diri ini terlalu kepenatan.

Ya ALLAH. Kuatkan hati ini.
Kuatkan diri ini.

Ikatan ukhwah yang terbina begitu menghimpit diriku.
Terlalu payah untuk aku meninggalkan mereka yang terlalu banyak mengajarku erti kehidupan dan berkasih sayang keranaNYA.
Pagi tadi Ustaz Sofi berpesan,antara hikmah dalam perjuangan ini adalah kita belajar untuk menerima qada' dan qadar daripadaNya dengan serela hati dan redha.

Sehingga ke petang mood yang dicari tidak juga kunjung tiba.
Hiba.Sungguh hiba terasa.
Sehinggakan dua orang kakak tersayang dan rapat dengan diri ini perasan dengan keadaan itu,
Tapi mereka sungguh memahami.
Ya ALLAH. Hebatnya kuasa kasih sayangMu :')

Seorang adik yang rapat denganku menyapa dilaman sesawang setelah hint demi hint ku berikan kepada mereka. Tetapi persoalan mereka masih tidak terjawab :'(
dan akhirnya adik itu tahu kisah sebenar yang melanda diri ini.

Antara ucapan yang membuatkanku mengalir air mata sejurus selepas solat asar,
" yaya rasa, Allah memang betul betul tengah uji yaya..
sebab rasa, satu-persatu kekuatan hilang..
kawan..kakak..

baru faham kenapa Rasulullah cakap,
Almuslim kal jasadu wahid..
muslim tu ibarat satu jasad..
rasa sangat rapuh kot bila semua orang dah pakat balik malaysia
macam hilang sebelah tangan,
alangkah hilang satu jari pun dah sedih terasa kehilangan..
apatah lagi kalau hilang tangan, kaki, jari, hidung.

tapi yaya percaya, Allah tak letakkan sesuatu sia-sia
:')
kalau dekat depan mata, rasa macam nak tumbuk, gaduh, wrestling..
bila dah hilang dari pandangan baru rasa macam nak peluk kuat takmau bagi lepas
sobs :'( "

Sungguh,demi ALLAH aku menyayangi mereka kerana ALLAH :')
Allah,jagakan mereka sebaiknya.

p/s : entry yang emo kerana terlalu beremosi sekarang ini tanpa dipinta.
        Salam Aidiladha kepada semua :)
        Aidiladha kali ini sangat bermakna buat diri ini.




Sunday, October 13, 2013

Ting Tong! Salam buka pintu :)

Lawa kan bunga ni?
Subhanallah! :)

Bismillah awal bicara.

Tidak pasti apa yang patut dimulakan untuk sekadar membuka tingkap menyapa angin bayu sebagai permulaan sebuah perkongsian hidup.
Niat dihati hanyalah ingin mencoret dan terus mencoret secubit kisah yang ada bersama untuk dijadikan kenangan peribadi serta mungkin menjadi tauladan dan pengajaran hidup.
Sangat teruja dapat menggunakan semula kemahiran berbahasa yang ada setelah beberapa lama mendiamkan diri daripada arena penulisan.
Dulu,pernah ada satu simpanan seperti ini tapi banyak kisah silam didalam itu perlu dipadam dan terus lenyap seiring usia.

Ahh! Terasa sangat kaku. Skema mungkin. HEHE!

Permulaan bicara.
Nama diberi Normaidayu Mohd Zainal.
Dipinjamkan umur 21 tahun sehingga kini dan tidak tahu sampai bila akan berbaki.
Mungkin itu sahaja yang penting sebagai muqaddimah.
Cerita-cerita diri yang lain mungkin ada dalam lembaran yang nanti-nanti dan nanti :)
Biiznillah.

Berjinak dalam berblogging pada usia 18 tahun dan pada masa itu hanya kerana ingin berkongsi cerita seketika di lautan Meditteranean dan di"paksa" oleh abang ipar.
Tersangatlah kebudak-budakan pada ketika itu sampaikan bila baca semula khazanah-khazanah lama,rasa macam nak "dush!dush!dush!" pada diri sendiri.
Biasalah.Nama pun budak-budak,belajar untuk hidup dan terus hidup selagi diizinkanNya. :)

Dan berhenti seketika kerana terasa kisah hidup seperti agak "cliche" untuk dikongsikan dan terus menekan butang "delete" kerana banyak kenangan hitam dalam lembaran yang lama.
Tidak mahu disimpan.Biarlah ia hanya diingati untuk menjadi tauladan pada diri sendiri yang masih naif dalam kehidupan.

Tika ini,terasa sangat "eager" untuk berjinak-jinak semula. Hinggakan memasang impian mungkinkah lembaran ini sempat dikongsikan kepada suami,anak cucu cicit nanti? :)
Tapi,kisahnya sekarang terasa sangat ingin ingin berkongsi kisah hidup selama beberapa tahun ini,mungkin pada lembaran-lembaran yang akan datang.
Kerana semua kisah yang tersimpan kemas itu sangat bermakna buat diri!
SANGAT!

Rasanya cukup panjang ting tong buka pintu ni.
:) cukuplah sekadar itu. mungkin akan ada kisah yang akan datang.


walaupun mungkin hanya aku yang akan baca cerita ini :)

salam-
...........