Tuesday, November 26, 2013

Detik-detik akhir di Mesir

Bismillah.

Seperti biasa aku rasa. Sekarang ini banyak kisah-kisah aku berkisar tentang kehidupan di bumi Mesir,tanah tandus kotor yang disayangi.
Hanya dapat menikmati detik-detik terakhir sebelum pulang ke pangkuan Malaysia.

Kalau tanya perasaan ini,memang tak tahu nak kata macam mana.
Kadang-kadang bila ada yang bertanya,aku hanya menjawab "tak tahu nak rasa apa".
Sebab semua perasaan ada!
Iyalah,perkara yang kita tidak menjangka akan terjadi tapi terjadi juga tanpa disangka-sangka.
Sedaya upaya menghayati detik demi detik disini seeloknya.

Semenjak decide untuk balik ke Malaysia hari tu,memang dah tak masuk kelas.
Jadi,kira macam cuti free la sekarang ni. Tapi tak ada lah free sangat pun. Hari-hari keluar rumah juga.
Sebab jenis duduk tak diam.

Alhamdulillah barang-barang untuk dikargo semua dah selesai pertengahan bulan hari tu.
Pindah rumah sementara (menumpang bilik housemate) pun sudah sementara nak tunggu tanggal 11.12.13 :'(
Mengisi masa-masa dengan perkara-perkara yang mendatangkan faedah,kadang-kadang ada juga yang tak! hehe!

Hari ini sudah 27.11.13 Rabu.
Jadi ada lagi 14 hari (2 minggu tepat) untuk sampai kepada 11.12.13 Rabu.
Bermakna bersisa 2 kali Rabu lagi aku disini :'(
Allah.Cepatnya rasa.

Sekarang ni tengah aim nak pergi ke Cairo jumpa sahabat sahabiah di sana.
Nak pergi Ma'murah sebab nak berbasikal sambil berkelah dengan adik-adik Smart Circle.
Nak pergi Bibliotheca ( Perpustakaan terbesar di Alex) untuk tangkap gambar.
Nak pergi ke Stanley Bridge untuk tengok air laut dan pemandangan yang cantik.
Nak jalan-jalan tepi pantai sebab lepas ni susah dah nak dapat tengok laut yang luassssss.
Semua nak buat!
Tapi masa singkat. :'(

 Moga ALLAH berkati masa yang ada inshaaALLAH amiin.
Mohon doakan sesiapa yang membaca ye!

T___T

exterior



planetrium

main reading hall

Hadith 40 Imam Nawawi



|26 November 2013|Selasa|
-Input SmartCircle KITA-

Alhamdulillah,selamat sudah ber smart circle bersama adik2 tercinta dan teman2 yang mantop2 semuanya.
Meriah sangat hari ni dengan kehadiran semua orang yang ada.
Walaupun Afriza Farhin jauh dimata :')

| Pengisian Hadith Pertama Matan 40 Imam Nawawi |

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin AlKhatab berkata,bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesunggungnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada NIATnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya,dia akan sampai kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya,dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya"

1) Hadis ini turun kerana seorang lelaki yang bernama Hatib yang mengikut Rasulullah s.a.w berhijrah dari Makkah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan yang cantik bernama Ummu Qais setelah lamarannya ditolak sebelum itu.
- Dia berhijrah tidak untuk mendapat pahala hijrah.
- Dia digelar Muhajir Ummu Qais.

2) Kalimah " Diterimah amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya"
- yang dimaksudkan disini ialah semua jenis amal yang dibenarkan oleh syariat.
- bermaksud segala jenis amal yang dibenarkan syariat yang dilakukan tanpa niat, menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama.
- Misalnya wudu',mandi wajib,tayammum,solat,zakat,puasa,haji,iktikaf dan ibadah-ibadah lain.
-ada segolongan ulama' yang berpendapat bahawa wudu' dan mandi tetap SAH sekalipun TANPA NIAT. Ini kerana para ulama berbeza pendapat tentang maksud kalimah tersebut.
-sebahagian memahami niat sebagai syarat,iaitu AMAL ITU SAH hanya apabila disertai NIAT. dan sebahagian memahami niat itu sebagai PENYEMPURNA.
p/s : digalakkan untuk berniat kerana amal menjadi sempurna apabila disertakan niat.

3) Amal yang tidak memerlukan niat
- Meninggalkan perbuatan yang haram.
- Mengembalikan barang pinjaman.
- Membersihkan diri daripada najis kerana perbuatan itu termasuk perbuatan menghilangkan barang yang tidak baik.
- Menyampaikan pemberian atau hadiah orang.

4) Kalimah " Sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya"
-menurut Khathabi menunjukkan pengertian yang berbeza daripada sebelumnya, iaitu menegaskan bahawa sah atau tidaknya amal itu bergantung kepada niatnya.
-Syeikh Muhyiddin alNawawi menerangkan bahawa niat itu menjadi syarat sah sesuatu amal.
-contohnya seorang yang mengqada'kan solatnya yang telah lepas,dinilaikan tidak sah sekiranya tanpa niat. Juga dia harus berniat jenis solat sama ada Zohor,Asar,Maghrib,Isyak atau Subuh.

5) Kalimah " Sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya"
- maksudnya sesiapa berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya maka akan mendapat pahala daripada hijrajnya kepada Allah dan Rasul-Nya.

6) Perbuatan yang diluar lingkungan ibadah iaitu perbuatan yang menjadi tabiat hidup manusia seperti makan,minum,tidur dan sebagainya turut mendapat pahala jika diniatkannya kerana Allah untuk memelihara keselamatan dan kesihatan tubuh badan supaya dapat beribadah.

7) Imam Nawawi membahagikan amal ibadah kepada 3 :
- IBADAH HAMBA : Ibadah orang yang takut kepada Allah.
- IBADAH SAUDAGAR : Ibadah orang yang hendak mendapatkan syurga dan pahala.
- IBADAH MERDEKA : Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab, rasa syukur dan berasa malu kepada Allah.

8 ) Kita hendaklah IKHLAS dalam amal ibadah dan setiap pekerjaan agar mendapat kemudahan dan kebahagiaan didunia dan mendapat pahala di akhirat.
Jadi, JOM lazimi niat dalam setiap tingkah laku kita!

Alhamdulillah :')
Perkongsian untuk kali ini buat semua.
Sumber : Buku Hadis 40 Imam Nawawi Ustaz Zahazan dan Ustaz Muhammad Zakaria .

" ADAT menjadi IBADAT dengan melalui NIAT "

Petua rawat lecur


Petua rawat lecur panas.


semalam sedang khusyuk menggoreng ikan bilis sambil berangan :p
nak diangkat ikan bilis, tapi terangkat sekali minyak panas menjirus tangan.
mula2 tak rasa apa2,buat relaks dengan tenangnya.
5 minit kemudian terus rasa kebas dan sakit menyengat!
aduh. tak tahu nak buat apa sebab semua barang ubatan dah di packing.
serta merta gelembung putih nampak di kawasan sakit terkena minyak panas.


fikir punya fikir, teringat insan tersayang berpesan, kalau kena minyak panas ke, air panas ke, kuali panas ke, apa2 yang panas.
ambil putih telur dan terus lumurkan pada tempat lecur.
inshaaAllah akan sejuk dan gelembung putih hilang. sakit pun akan beransur hilang.


alhamdulillah, mujarab.
bekas lecur tak pe pun kalau tinggal, tapi sakit tu la tak larat nak tahan.
boleh lah kalau nak cuba.
selawat dan bismillah la dulu ye :')

*kalau ada pokok aloe vera pun okay sebab sejuk dan berkesan untuk menghilangkan parut inshaaAllah :)

Wednesday, November 20, 2013

counting 20 days more!


tomorrow 21/11/2013.
another 20 days
people said
dont counting days left
but
we always keep counting
to make the best with time left we have.


tonight,
last night in my OWN room here
no more night here again after this
so many memories i left behind
but still remains in my heart
always.
forever.
with my love..

haha! kononnya berpuitis la kan dalam bahasa Inggeris yang tunggang langgang.
selama ni selalu curahat dalam bahasa Ibunda je. cuba pula dalam bahasa International yang tak seberapa ni.
(maaf kalau banyak silap dalam ayat2 tu. hehe)


inshaaAllah esok akan berpindah ke rumah 'sementara' sekejap sehingga tarikhnya 11.12.13 :')


bila kemas2 barang, makin kosong bilik, makin sebak.
tak sangka cepatnya masa berlalu.
tak sangka akan melalui saat ini.
serius. sangat tak sangka.
tapi, itulah yang perlu ditelan.
kita mengatur dengan cita,
Allah pula mengatur dengan cintaNya.
aturanNya menang dalam apa cara.
yang penting kita usaha.


mohon kelancaran semua segala yang ada.
mohon doakan :')

#counting20daysleft
#alexandria
#egypt
#misslove

Sunday, November 17, 2013

Winter Terakhir

Alhamdulillah.
Hujan barakah di pagi hari.
Mesti ramai menjadi penyampai kaji cuaca hari ini sebab bukan selalu hujan di bumi pasir.
:')
Hujan di Mesir memberi petanda musim sejuk dah pun nak tiba!
Sempat merasai sebelum pulang ke pangkuan negara asal yang tiada 4 musim seperti di sini.
Bakal merindu nak berselimut saratoga yang tebal.
Hujan di Alex bersama bayu,
Guruh berdentum kuat dengarnya,
Selamat tinggal Mesir kesayanganku,
Moga berjumpa lagi dilain ketika! 
T_T
Bakal ku pulang di musim sejuk!
#winter #mesir #guruh

Wednesday, November 13, 2013

MESIR

Mim. Sad. Ra.
Mengungkap sejarah tiga tahun dahulu mula mengenalinya.
Mampu membuatkan aku sampai sekarang mensyukuri apa yang telah Allah tetapkan takdir qada qadar kepada diri.
Baik buruk yang dilalui meninggalkan 1001 sejarah yang jika aku tintakan akan menjadi sebuah lagenda buat aku.
Setelah keputusan SPM yang tidak seberapa berada dalam genggaman, tak tahu bagaimana Allah detikkan hati untuk menjejak ke Mesir.
Tak ada pujuk rayu dari sesiapa bahkan tidak dari keluarga.
Dari teman pun tiada, ramainya dalam negeri.
Dalam fikiran terus terpacul "Medic, di Mesir"
Setelah apa semua persiapan dan lakon nangis sebelum terbang.
Sampai juga ke bumi Alex yang berbeza dari apa yang kusangka.
Laut yang menenangkan menjadi tempat luahan.
Siapa sangka, dari mula di set mind untuk mengambil Medic bertukar menjadi Pharmacy.
Kemudian berapa tahun selelas itu, Allah takdirkan untuk ke Medic semula.
Allah sudah aturkan semuanya.
Bumi ini.
Bumi Mesir.
Bumi para anbia, ulama' solehin dan shuhada'.
dan juga bumi Firaun.
Baik buruk bumi ini.
Banyak mengajar aku menjadi manusia untuk mengenal Maha Pencipta.
Mungkin akan ada suara yang berkata.
"Nak berubah dimana2 pun boleh, janji niat dan kita buat"
hehe!
Ya. Aku mengaku itu.
Tapi bumi ini menjadi titik permulaan aku menjadi aku yang tidak ku sangka.
Alhamdulillah kepadaNya.
Aku merasai nikmat itu.
Biahnya merubahku.
Warganya mengajarku.
Suasananya mendidikku.
Bayu lautnya menenangkanku.
Azannya mendamaikanku.
Alunan AlQurannya dimana2 menyentuh kalbu.
Masakan semua itu tidak membuatkan aku jatuh cinta kepada baik dalam buruknya.
Bagai pretty ugly.
Nampak kotor, debu, bingit hon dan riuh rendah orangnya.
Tapi jika kita selami, ia bisa buat jatuh cinta!
Dan aku merasakannya.
Alhamdulillah.
Diberi kesempatan untuk merasa semua itu.
Takkan ku lupakan segala isinya.
MESIR...
Tolong rindui diri ini juga ya :')

Monday, November 11, 2013

11 November 2013. Masih ada sebulan.

Hari ini bertanggal 11.11.13 bersamaan hari Isnin.
Aku masih lagi mengemas barang yang berselerak.
Masih lagi melihat laut Mediterranean.
Masih lagi mendengar bingit hon yang jelas kedengaran di luar jendela.
Masih lagi berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan rakyat tempatan.
Masih lagi menggunakan tram dan tremco.
Masih lagi menahan teksi untuk pergi ke Syari3 Sizostrees.
Masih lagi mampu mendengar alunan ayat suci AlQuran di dalam teksi dan merata tempat.
Masih lagi mendengar doa menaiki kenderaan didalam lif. Masih lagi melihat manusia yang bersolat dimana sahaja.
dan aku masih lagi berada di Alex Mesir.
Sebulan sahaja lagi untuk aku menikmati segala apa yang aku masih lagi lakukan ini.
Cepatnya masa berlalu.
Entah ada lagi sebulan ataupun sehari ataupun sejam sesaat lagi aku tak pasti.
kerana ajal maut jodoh pertemuan perpisahan itu semua didalam aturanNya.
Kita merancang dengan cita, Allah merancang dengan Cinta :)
Moga baki mungkin sebulan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan terisi.
Moga tak menyesal satu hari nanti.
T_T
Menghitung ke 11.12.13!
Adakah akan ada masih itu?

Sunday, November 3, 2013

aku berfikir...

bismillah..
hari ni 3 Nov 2013,bermakna hari aku di Alex masih bersisa 1 bulan 8 hari.
buang tidur, makan, ape semua. aku dapat rasakan semua itu sekejap sahaja akan berlalu pergi.
tup tup nanti, dah sampai hari yang sepatutnya aku tangisi dan hargai. yang paling penting, hari itu aku akan sangat ingati sampai bila2.
ohh.baik,bukan ini yang aku ingin ceritakan. hal lain sebenarnya, itu sekadar intro la kunun. melebar panjang pula jadinya bila sudah start menulis.
apa yang aku ingin kongsikan adalah ini.
semenjak aku tahu hakikat yang aku akan pulang ke Malaysia. sahabat2 teman2 senior kakak2 adik2 tahu, aku terperasan satu perkara.
yang kadang2 kita akan buat tak endah bila benda itu tak terjadi, tapi bila saat itu berlaku kita akan lakukannya.
iaitu nilai menghargai.
aku perasan, bila aku sudah tahu yang aku akan pulang tak lama lagi. sedih yang ada aku tekadkan untuk ziarah ramai orang, tidur rumah adik2 kakak2 kawan2 sementara masa masih ada. takut2 nanti dah tak sempat nak jumpa.
mereka pun akan lakukan perkara yang sama. bila aku datang, layanan sangat tip top sampai boleh buat aku menitik air mata. tanya aku nak makan apa. masakkan. sembang2 spend time together. sangat lah buat diri ini terharu.
bila duduk sorang2, aku akan terkenang yang kenapa ini terjadi. keindahan yang aku rasakan membuatkan aku terfikir sejenak dan aku cuba kaitkan dengan kehidupan seharian kita.
dan akhirnya aku dapat putuskan sesuatu yang aku rasa aku patut ambil ibrah dari apa yang aku alami.
disaat aku dan mereka sedar dan tahu, masa2 yang ada adalah tersangat singkat dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. kerana kemungkinan saat2 itu tidak akan dapat dinikmati lagi bersama. jadi, aku dan mereka cuba sehabis baik dan semampunya untuk mengisi ruang dan kelapangan bersama yang ada untuk dijadikan kenangan terindah.
jadi, di kemudian hari, aku dan mereka tidak akan menyesali yang kami tak sempat nak buat itu tak sempat nak buat ini. kerna kami cuba sehabis baik mungkin sebelum ini.
dan bila aku kaitkan dengan kehidupan sebenar meliputi skop yang lebih luas.
exactly, sama dengan lumrah kita sebagai manusia khalifah Allah di muka bumi. Yang diwajibkan beribadah kepadaNya.
aku terfikir. jika kita tahu saat dan masa kiamat itu datang bila. saat ajal kematian itu menjengah bila hari dan tarikhnya. sudah tentu kita akan menggunakan tiap detik masa yang kita ada (hakikatnya Allah yang punya)  untuk mempersiapkan diri kita sehabis mungkin ke arah itu.
kita pasti tak akan melengahkan solat. solat berjemaah. tak buat jahat. suka tolong orang. perbanyakkan selawat dan zikir. kita akan buatkan ibadah2 yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah dan cuba persiapkan diri kita selengkap mungkin. iya bukan?
tujuannya sama seperti di atas. kerana kita mahukan yang terbaik buat diri kita semua. kita tak mahu menyesali di kemudian hari yang kita tak sempat nak buat itu ini. walhal, bukan tak sempat, tapi kita sendiri yang melengahkan masa yang ada semacam masa itu kita yang miliki.
sebegitulah. apa yang aku fikirkan.
semalam, aku sempat tgok drama KCB. Ketika Cinta Bertasbih. Ada satu scene tu, semasa Ustaz Ilyas menjadi imam solat, dia sempat berpesan.
"solatlah seperti seakan ini adalah solat yang terakhir mu dan selepas ini dirimu akan menghadap Allah swt"
terkesan dihati.
memang aku sarankan tengok cerita ni sebab banyak nilai2 positif yang sangat berguna boleh kita ambil.
wallahu3lam.

Saturday, November 2, 2013

Perjalanan 3 tahun ini.

Bismillah.

3.2.1 mula!

p/ s : bingkisan ini di copy paste drpd status facebook. cerita panjangnya akan dititipkan kemudian inshaaAllah :)

Sept 2010 - Jun 2012
Alhamdulillah,berkesempatan menjadi seorang mahasiswi Jurusan Farmasi Uni Alexandria,Mesir :) walaupun tidak berapa minat dengan subjek Organic Chemistry yang boleh memecahkan kepala dan migrain.

2013 ( Sept '12 - Julai' 13)
Alhamdulillah,dipermudahkan urusan untuk bertukar daripada Jurusan yang tidak begitu diidami kepada Jurusan yang saya impikan,Medic :)
Walaupun tak dapat balik Malaysia cuti summer,tapi Allah permudahkan.
Syukur.

( Sept '13 )
Selepas pergolakan yang berlaku.
Pulang semula ketanah Mesir dengan niat menyambung pelajaran dan melangsaikan hutang2 peperiksaan yang tertangguh dengan izin keluarga dan doa mereka.

Tidak dilema untuk apply KPT atau ada niat untuk menyambung pelajaran di Malaysia,kerana hati berada di Mesir.
Jadi,offer KPT diletak tepi dan terus pulang dengan tenangnya ke Alexandria.

( 2minggu selepas pulang )
Satu masalah yang melibatkan kewangan.
Disebabkan masih tidak punyai tajaan dan tahun ini tidak punya rezeki untuk mendapat zakat.
Setelah berfikir untuk jangka masa panjang untuk tahun2 seterusnya.
Memandangkan masih berbaki 5 tahun untuk Medic disini.
Musyawwarah bersama keluarga tercinta.
Istikharah dan istisharah.
Akhirnya satu kata putus terpaksa dibuat.

Berminggu mengambi masa untuk menerima hakikat dan mententeramkan diri,jiwa dan minda.
Air mata menjadi teman setia tatkala keseorangan.
SAADAH pun sudah.
AHLAN'13 pun sudah.
Cuba memanfaatkan diri selagi masa masih ada dan hayat dikandung badan.

InshaaALLAH,
dengan sukacita dan dukacitanya,
tarikh yang sangat cantik bagi saya.
Tarikh yang bersejarah buat seumur hidup saya.
InshaaALLAH takkan saya lupa.

11.12.13
Rabu
Tarikh keberangkatan saya bakal pulang ke Malaysia meninggalkan pengajian di Mesir dan segala isinya.
Mungkin untuk selamanya atau seketika?
itu saya serahkan sebulatnya kepada Dia.

Jika persoalan Universiti mana yang saya bakal duduki?
Saya masih tiada jawapan untuk itu kerana masih mencari.

Jika persoalan bidang apa yang bakal saya ambil?
Itu juga saya masih istikharah dan istisharah.
Moga pilihan yang bakal saya ambil diredhai dan baik untuk semua kelak.

3 tahun setengah mengajar saya menjadi seorang manusia.
Jika sesiapa yang kenal saya semasa awal datang ke Mesir dan sekarang,
mungkin sedikit sangat perbezaannya.
Kerana saya masih belajar.
Tapi,Mesir menjadi titik permulaan saya.

Doakan saya sentiasa belajar dimana2.
Malaysia.Mesir.
Saya sayang keduanya.
:')

masih berbaki 1 bulan setengah untuk dimanfaatkan.
jika perlukan bantuan,call atau pm saya.
saya cuba membantu yang termampu.

- ini jawapan saya untuk semua yang bertanya kepada saya selama ini.
maaf andai selama ini saya berdiam diri. tak reply mesej. tak menjawab soalan2 yang ada. maaf sangat dipinta.

-jzkk ateh Adibah Aminah Mohd Amin sebab sudi tolong ucu saat susah senang uruskan tiket :'(
hanya ALLAH dapat membalas jasa baikmu selama ini.

TOLONG DOAKAN SAYA KUAT WAHAI SAHABAT2 YANG MEMBACA.
T_T
kalau ada hutang2 yang belum selesai,boleh tuntut drpd saya ye sementara saya masih ada disini.

-alhamdulillah, apps blog dah ada di upload. lepas ni makin mudah nak update blog. :) yeayy