Thursday, December 12, 2013

berpagian di sini

13.12.13
Jumaat
Bumi Malaysia

Bila bangun pagi ini, subuh digerak oleh mak, disusuli kokokan ayam jantan diluar rumah, bunyi cicipan burung2 berterbangan.

Ahh! baru ku tersedar dari lamunan keenakan.

Aku sudah berada di bumi Malaysia.

Dalam masa tak sampai 36 jam, sudah berada di dua tempat berbeza yang jauhnya berjuta batu.
sudah merasa dua musim yang sejuk dan panas.

Diriku bukan lagi ditanah gersang Mesir rumah kedua :')

Semasa di lapangan terbang, ada kawan baru bertanya,
"tak homesick ke duduk lama2 kat tempat orang jauh dari keluarga Malaysia? "

" rasanya tak. bila saya di Mesir, saya rasa berada di Malaysia :') sebab keduanya keluarga saya dan rumah saya"

Nangis tutup muka! sebab mak kata mak faham perasaan berpisah dari insan2 tersayang dan tempat yang jatuh lagi dikenang :')

Nangis lagi!
Warga Alex, Selamat Mengundi!

salam satu Malaysia

12.12.13
Khamis

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport pada jam 2.10pm waktu Malaysia bermakna 8.10am waktu Mesir :')
berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan bangsa dalam perjalanan :)
seperti hati yang turut jugalah penuh pelbagai perasaan.
sedih, gembira, seronok, hambar, sayu semuanya ada dalam rojak perasaan ini!

selamat bermanifesto buat semua sahabat2 adik2 kakak2 yg bertanding untuk Pemilihan AJKT PCI 2014/2015. Pengalaman 2tahun berada didalam pucuk pimpinan sangat memberi penuh nilai dalam diri. alhamdulillah :') tinggal nostalgia semuanya sekarang. memori indah belaka!

ahh. perit rasa.
meninggalkan semua yang tersayang disana. mahu sahaja ingin di'pack' semua bawa kembali :'(

Selamat mengundi untuk semua warga PCI esok! turun mengundi ye semua!! undikan untuk ayu. huhu.

Thursday, December 5, 2013

Tarbiyyah Allah melalui kaki

Tarbiyyah Allah melalui kaki.
sejak 2-3 hari lepas tak dapat berjalan dengan selesa dan betul,
Allah tarik sedikit nikmat kaki dan berjalan,
walaupun hanya ibu jari kaki yang sakit,
tapi seluruh kaki terasa kesannya.


bila berjalan lebih sikit kaki jadi bengkak (edema),
bila berjalan laju sikit jadi penat mengah sebab tenaga tertumpu pada ibu kaki dan berjalan,
bila berjalan lambat sangat rasa sebab tak dapat menapak dengan betul apabila ibu jari tak mencecah tanah.
banyak hikmah yang aku belajar.

mungkin Allah nak beri peringatan untuk aku pergi hanya ke tempat yang bermanfaat,
Allah nak aku melangkah kaki untuk buat kebaikan bukan kejahatan,
Allah nak aku tahu betapa nikmatnya kesihatan,
yang tak boleh kita persiakan.

Begitu juga bagiku nikmat Islam yang kita ada sekarang ini.
Betapa mulianya Islam itu sendiri dengan kuasaNya, 
Kita tidak mampu hidup tanpa berlandaskan jalan Islam.

Kita sangat memerlukan Islam bagai kita memerlukan kaki untuk berjalan.
Jika tidak berkaki, compang campinglah berjalan kita bertongkat bertatih dijalan.
Rahmat Untuk Semua :')

#tarbiyyah #Islam #kaki

Wednesday, December 4, 2013

7 hari lagi




7 hari yang tidak ternanti telah tiba,
tik tok tik tok dibawah level kesedaran,
betul-betul 168 jam lagi perlu dilalui tanpa diri ini mahu.

ahh! terima lah hakikat wahai diri.
pastikan 7 hari itu berlalu tanpa penyesalan,
pastikan 168 jam tu bermanfaat dengan kawan,
pastikan masa bersisa yang ada diisikan.

dan itulah raungan hati diri,
menanti 7 hari berbaki T__T
menanti 11/12/13
Rabu depan.

Tuesday, November 26, 2013

Detik-detik akhir di Mesir

Bismillah.

Seperti biasa aku rasa. Sekarang ini banyak kisah-kisah aku berkisar tentang kehidupan di bumi Mesir,tanah tandus kotor yang disayangi.
Hanya dapat menikmati detik-detik terakhir sebelum pulang ke pangkuan Malaysia.

Kalau tanya perasaan ini,memang tak tahu nak kata macam mana.
Kadang-kadang bila ada yang bertanya,aku hanya menjawab "tak tahu nak rasa apa".
Sebab semua perasaan ada!
Iyalah,perkara yang kita tidak menjangka akan terjadi tapi terjadi juga tanpa disangka-sangka.
Sedaya upaya menghayati detik demi detik disini seeloknya.

Semenjak decide untuk balik ke Malaysia hari tu,memang dah tak masuk kelas.
Jadi,kira macam cuti free la sekarang ni. Tapi tak ada lah free sangat pun. Hari-hari keluar rumah juga.
Sebab jenis duduk tak diam.

Alhamdulillah barang-barang untuk dikargo semua dah selesai pertengahan bulan hari tu.
Pindah rumah sementara (menumpang bilik housemate) pun sudah sementara nak tunggu tanggal 11.12.13 :'(
Mengisi masa-masa dengan perkara-perkara yang mendatangkan faedah,kadang-kadang ada juga yang tak! hehe!

Hari ini sudah 27.11.13 Rabu.
Jadi ada lagi 14 hari (2 minggu tepat) untuk sampai kepada 11.12.13 Rabu.
Bermakna bersisa 2 kali Rabu lagi aku disini :'(
Allah.Cepatnya rasa.

Sekarang ni tengah aim nak pergi ke Cairo jumpa sahabat sahabiah di sana.
Nak pergi Ma'murah sebab nak berbasikal sambil berkelah dengan adik-adik Smart Circle.
Nak pergi Bibliotheca ( Perpustakaan terbesar di Alex) untuk tangkap gambar.
Nak pergi ke Stanley Bridge untuk tengok air laut dan pemandangan yang cantik.
Nak jalan-jalan tepi pantai sebab lepas ni susah dah nak dapat tengok laut yang luassssss.
Semua nak buat!
Tapi masa singkat. :'(

 Moga ALLAH berkati masa yang ada inshaaALLAH amiin.
Mohon doakan sesiapa yang membaca ye!

T___T

exterior



planetrium

main reading hall

Hadith 40 Imam Nawawi



|26 November 2013|Selasa|
-Input SmartCircle KITA-

Alhamdulillah,selamat sudah ber smart circle bersama adik2 tercinta dan teman2 yang mantop2 semuanya.
Meriah sangat hari ni dengan kehadiran semua orang yang ada.
Walaupun Afriza Farhin jauh dimata :')

| Pengisian Hadith Pertama Matan 40 Imam Nawawi |

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin AlKhatab berkata,bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesunggungnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada NIATnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya,dia akan sampai kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya,dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya"

1) Hadis ini turun kerana seorang lelaki yang bernama Hatib yang mengikut Rasulullah s.a.w berhijrah dari Makkah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan yang cantik bernama Ummu Qais setelah lamarannya ditolak sebelum itu.
- Dia berhijrah tidak untuk mendapat pahala hijrah.
- Dia digelar Muhajir Ummu Qais.

2) Kalimah " Diterimah amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya"
- yang dimaksudkan disini ialah semua jenis amal yang dibenarkan oleh syariat.
- bermaksud segala jenis amal yang dibenarkan syariat yang dilakukan tanpa niat, menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama.
- Misalnya wudu',mandi wajib,tayammum,solat,zakat,puasa,haji,iktikaf dan ibadah-ibadah lain.
-ada segolongan ulama' yang berpendapat bahawa wudu' dan mandi tetap SAH sekalipun TANPA NIAT. Ini kerana para ulama berbeza pendapat tentang maksud kalimah tersebut.
-sebahagian memahami niat sebagai syarat,iaitu AMAL ITU SAH hanya apabila disertai NIAT. dan sebahagian memahami niat itu sebagai PENYEMPURNA.
p/s : digalakkan untuk berniat kerana amal menjadi sempurna apabila disertakan niat.

3) Amal yang tidak memerlukan niat
- Meninggalkan perbuatan yang haram.
- Mengembalikan barang pinjaman.
- Membersihkan diri daripada najis kerana perbuatan itu termasuk perbuatan menghilangkan barang yang tidak baik.
- Menyampaikan pemberian atau hadiah orang.

4) Kalimah " Sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya"
-menurut Khathabi menunjukkan pengertian yang berbeza daripada sebelumnya, iaitu menegaskan bahawa sah atau tidaknya amal itu bergantung kepada niatnya.
-Syeikh Muhyiddin alNawawi menerangkan bahawa niat itu menjadi syarat sah sesuatu amal.
-contohnya seorang yang mengqada'kan solatnya yang telah lepas,dinilaikan tidak sah sekiranya tanpa niat. Juga dia harus berniat jenis solat sama ada Zohor,Asar,Maghrib,Isyak atau Subuh.

5) Kalimah " Sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya"
- maksudnya sesiapa berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya maka akan mendapat pahala daripada hijrajnya kepada Allah dan Rasul-Nya.

6) Perbuatan yang diluar lingkungan ibadah iaitu perbuatan yang menjadi tabiat hidup manusia seperti makan,minum,tidur dan sebagainya turut mendapat pahala jika diniatkannya kerana Allah untuk memelihara keselamatan dan kesihatan tubuh badan supaya dapat beribadah.

7) Imam Nawawi membahagikan amal ibadah kepada 3 :
- IBADAH HAMBA : Ibadah orang yang takut kepada Allah.
- IBADAH SAUDAGAR : Ibadah orang yang hendak mendapatkan syurga dan pahala.
- IBADAH MERDEKA : Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab, rasa syukur dan berasa malu kepada Allah.

8 ) Kita hendaklah IKHLAS dalam amal ibadah dan setiap pekerjaan agar mendapat kemudahan dan kebahagiaan didunia dan mendapat pahala di akhirat.
Jadi, JOM lazimi niat dalam setiap tingkah laku kita!

Alhamdulillah :')
Perkongsian untuk kali ini buat semua.
Sumber : Buku Hadis 40 Imam Nawawi Ustaz Zahazan dan Ustaz Muhammad Zakaria .

" ADAT menjadi IBADAT dengan melalui NIAT "

Petua rawat lecur


Petua rawat lecur panas.


semalam sedang khusyuk menggoreng ikan bilis sambil berangan :p
nak diangkat ikan bilis, tapi terangkat sekali minyak panas menjirus tangan.
mula2 tak rasa apa2,buat relaks dengan tenangnya.
5 minit kemudian terus rasa kebas dan sakit menyengat!
aduh. tak tahu nak buat apa sebab semua barang ubatan dah di packing.
serta merta gelembung putih nampak di kawasan sakit terkena minyak panas.


fikir punya fikir, teringat insan tersayang berpesan, kalau kena minyak panas ke, air panas ke, kuali panas ke, apa2 yang panas.
ambil putih telur dan terus lumurkan pada tempat lecur.
inshaaAllah akan sejuk dan gelembung putih hilang. sakit pun akan beransur hilang.


alhamdulillah, mujarab.
bekas lecur tak pe pun kalau tinggal, tapi sakit tu la tak larat nak tahan.
boleh lah kalau nak cuba.
selawat dan bismillah la dulu ye :')

*kalau ada pokok aloe vera pun okay sebab sejuk dan berkesan untuk menghilangkan parut inshaaAllah :)